KELEBIHAN PETA PEMIKIRAN
Kebaikan penggunaan peta i-think saya bahagikan kepada 3 iaitu:
1)PELAJAR
Pelajar dapat menggunakan alat berfikir bukan sahaja dalam pembelajaran mereka malahan dalam situasi harian jika mereka mampu menguasai penggunaannya dengan betul.Selain itu,kajian mendapati para pelajar juga menjadi lebih positif dan rajin dalam pembelajaran.Disamping itu juga, penggunaan peta i-think mampu meningkatkan kefahaman dan daya ingatan serta membantu para pelajar menerangkan sesuatu konsep dengan lebih baik.
2)GURU
Sehubungan itu, guru seharusnya mahir dalam menggunakan alat berfikir ini untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan keperluan dan masa.Dengan penggunaan peta pemikiran i-think, ianya memudahkan lagi tugas guru dalam memberi kefahaman dan penerangan sesuatu konsep kepada para pelajar.Hal ini kerana tugas sebagai seorang guru pada masa kini begitu mencabar serta berlakunya kekangan masa.Justeru itu,dengan mengaplikasikan kaedah ini mampu membantu guru sepenuhnya dalam proses pengajaran.
3)SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sistem pendidikan yang baik akan dapat membantu meningkatkan serta membangunkan negara tidak kira dari aspek ekonomi, politik mahupun sosial. Perubahan atau inovasi dalam pendidikan seperti peta pemikiran ini adalah sebagai salah satu langkah bagi melahirkan rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada negara. Pendekatan pembelajaran yang berkesan dilihat sebagai pendorong ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan serba boleh, bertanggungjawab, berkemahiran dan berfikiran positif.Sekiranya Malaysia mahu berdaya saing dengan negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Singapura dan sebagainya, usaha penerapan peta pemikiran ini merupakan salah satu usaha yang penting dan harus dilaksana dengan telus agar matlamatnya dapat dicapai dengan baik.

Comments
Post a Comment