KELEMAHAN PETA PEMIKIRAN

Seperti yang sedia maklum,setiap perkara mempunyai kebaikan dan kekurangan tersendiri.Hal ini kerana,selagi ianya merupakan ciptaan atau hasil daripada tangan-tangan manusia nescaya pasti terdapat kecacatan padanya.Antara kekurangan penggunaan peta pemikiran ialah banyak waktu akan terbuang.Perkara ini berlaku kerana untuk menulis dan mencatat perkara-perkara penting memerlukan masa yang banyak.

Selain itu, apabila terlalu banyak kata kunci yang terdapat pada peta pemikiran,maka orang lain yang membaca peta pemikiran tersebut menjadi kurang faham kerana hanya penulis asal yang memahami apa yang ditulisnya.Justeru itu, memang dianjurkan agar peta pemikiran ini dibuat secara peribadi dan maklumat tersebut akan kukuh di minda si pembuat tersebut.

Disamping itu juga,para pelajar memerlukan bahan yang banyak bagi menghasilkan sesuatu peta pemikiran.Sebagai contohnya,para pelajar hndaklah memiliki kertas warna, marker pen, highlighter dan sebagainya bagi menghasilkan peta pemikiran yang menarik.Ini secara tidak langsung menyebabkan berlakunya pembaziran dalam kalangan para pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

BEREHH BOHHH!!!!